Promosi Program Akademik Johor Business School di Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

18 April 2025 | Promosi Program Akademik Johor Business School di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) | Iskandar Puteri

 

Lawatan promosi ini bertujuan untuk meningkatkan enrolmen pelajar dalam kalangan warga IRDA serta memperkukuh visibiliti jenama Johor Business School (JBS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

 

Selain memfokuskan kepada program-program akademik, promosi ini turut mengetengahkan program bukan akademik serta kepakaran staf JBS yang boleh dimanfaatkan oleh pihak industri dan organisasi seperti IRDA.

 

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin antara JBS dan IRDA akan terus diperkukuh dan memberikan manfaat bersama pada masa akan datang.

Similar Posts